Prosedur pengeluaran dokumen perjalanan di peringkat kedutaan negara asal pendatang yang mengambil masa lama jadi punca kelewatan pengusiran mereka di Sabah, walaupun sempadan negara terbabit telah pun dibuka tahun ini.<br /><br />Ketua Pengarah Imigresen, Datuk Seri Khairul Dzaimee Daud berkata kebanyakan pendatang menunggu lama merupakan mereka yang ditahan di depoh tahanan pada 2020 lagi iaitu sejak pandemik COVID-19 melanda dunia.
